September 22, 2020
Ikan laga

Peliharaan baru – ikan laga

Anak – anak baru beli ikan laga. Satu beli di Pasar Tani di Labuan Walk, satu lagi disebuah kedai binatang peliharaan di kawasan bandar Labuan bersebelahan Hotel Aifa. Di kedai pet store tu ada banyak jenis ikan. Aku tanya boss tu ikan mana lagi senang jaga. Dia tunjuk ikan laga. “You cuma perlu tukar air – guna itu air pakai filter punya”.

Aku pesan dengan anak – anak, kalau mahu pelihara binatang, kena ada tanggungjawab untuk jaga binatang. Kena bagi makan secukupnya, kena rajin bersihkan tempat tinggalnya dan lain-lain yang dirasakan perlu. Aku tambah, kalau lupa bagi makan sehingga ikan ni mati kelaparan, boleh berdosa sebab ikan ni makhluk Tuhan juga. Diorang angguk tanda faham. Aku pun angguk tanda faham, bahawa sesungguhnya aku yang akhirnya akan jaga ikan dua ekor ni.

 

Setakat ini aku rujuk kepada blog i-kanlaga.blogspot.com. Tidak banyak posting, mungkin sebab sudah berpindah ke Facebook. Tapi bagi yang baru mencuba untuk memelihara ikan laga, boleh lah ke blog tersebut untuk rujukan.

ikan laga
Bila diletakkan bersebelahan, kedua-duanya akan menjadi agresif dan mula mengembangkan sirip dan ekor untuk menunjukkan dominasi. Ini juga sebabnya ikan ini tidak boleh diletakkan dalam satu akuarium kerana mereka akan bergaduh.

Setelah membuat pemerhatian, rupa-rupanya kedua ikan laga ni ialah jantan. Kalau ada yang betina mungkin boleh dipasangkan bila tiba masa mengawan. Tapi kena belajar dulu lah.

Secara amnya, sirip dan ekor ikan laga jantan dewasa lebih panjang. Dan warnanya lebih terang. Aku belum baca habis artikel di Internet pasal ikan laga ni, atau gelaran lainnya Betta Fish. Betta itu nama saintifiknya.

Aku akan cuba jaga ikan dua ekor ni sebaik mungkin. Mungkin lepas beberapa bulan aku akan pindah ke akuarium lebih besar supaya boleh buat landscape cantik-cantik.

Share This:

admin

I don't have a fancy thing of me to write about. Do it for the passion. Not for fame.

View all posts by admin →

Leave a Reply

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: