Pelan pelan kayuh

Basikal murah atau mahal … Read More >Pelan pelan kayuh

Aku rasa tahun 2018 semua orang ikut running event. Every weekend clock mileage buat half marathon, marathon. Kalau power sikit, pegi buat ultra. Bagus juga la tengok kawan – kawan semua mahu bersukan. Every weekend memang up post pegi hiking dengan family atau kawan – kawan di socmed.

Aku pun tidak terkecuali. Tapi masa awal – awal lah. Aku mula jogging sebab aku rasa aku kaki bangku bila cuba main futsal. Jogging ni kau gerak satu orang pun boleh. Unlike futsal, kena ada team work. Lepas tu ikut beberapa running event – mostly untuk support local running event. Lepas tu aku stop, sebab aku rasa fee untuk join event macam ni a bit expensive. For me lah. The reason behind my logic is, sebab aku pernah rasa susah, so aku selalu expect ada some sort of return to whatever I spend my money to. So, aku rasa aku tidak perlu fancy trophy or colourful race shirt. Benda macam ni biar orang lain yang buat. Diorang punya happy lain, aku punya happy lain. Reason aku bersukan pun sebab aku overweight dan tidak sihat.

Recently, brader yang servis aircond ni tanya pasal basikal yang aku park dekat stor. Basikal tu basikal terpakai. Bini aku beli pun sebab dia kesian tengok kawan – kawan aku semua buat aktiviti berbasikal tapi aku satu orang ja buat aktiviti solo berlari sukat kampung. Aku rasa aku tidak perlu pun. Sebab macam yang aku terangkan tadi, aku lebih prefer sukan sendiri dari sukan team work. Tapi sebab sudah dibelikan, aku pun mulalah berbasikal keliling kampung. Lama sikit, aku sukat kampung lain pula. Setakat ni belum rasa Fondo (100km) tapi 50km tu bolehlah. Itu pun ride santai.

Basikal MTB di Gedung Ubat, Tanjung Kubong Labuan.

So, aku terus terang dengan brader tu, yang itu basikal terpakai dan harga dalam beberapa ratus saja. Dia bagitahu, di tempat kerja dia sekarang sudah ada team basikal. Ada kawan – kawan yang beli sampai beribu-ribu ringgit harganya. So, dia pun sedang berfikir untuk beli basikal juga.

Aku cakap dengan dia. Beza basikal murah dengan basikal mahal ni lebih kurang macam kau drive Kancil dengan BMW. Walaupun kedua-duanya boleh bawa kau ke tempat yang sama, cuma keselesaan atau performance tu yang berbeza. So, aku tanya dia kalau dia just mahu bersukan hujung minggu atau ada target untuk jadi above average cyclist. Aku bagi pendapat, kalau sekadar untuk cycling hujung minggu dengan kawan – kawan, beli basikal biasa pun boleh asalkan jangan basikal lajak. Boleh terberak kau bila jumpa bukit 45 degree.

Commuting type.

“Tapi ada basikal harga ribu ribu tu, boleh buat ansuran bulanan. Kurang sikit beban.”

Ok. Buat personal loan untuk beli benda yang bukan keperluan ni seolah olah kau mengambil duit kau di masa depan untuk kau guna sekarang. Kira sendiri dan tengok berapa interest kena charge berbanding kau beli cash. But then of course la benda ni kena bagi buat loan sebab bila orang tengok monthly payment tu affordable, so kau fikir maybe interest tu tidak lah terlalu tinggi atau membebankan. Lagipun, bayar bulanan tu tidaklah tragik seperti membayar beribu – ribu ringgit sekali jalan kan? Member cakap, kau tutup matalah masa kau hulur duit ribu riban tu dengan cashier. Haha.

At the end, aku just tekankan benda ni terpulang dengan dia la. Kalau kau rasa kau mampu dan tiada masalah untuk keluar belanja untuk enjoy, go ahead.

Kalau aku, simple ja. Kalau aku kena fikir dua tiga empat kali untuk beli sesuatu, aku akan tangguh. Aku akan fikir banyak bila aku consider harga, perlu atau tidak, berapa lama aku akan guna benda tu dan apa return yang aku akan dapat. So, for now kami rasa boleh settle dulu dengan basikal yang murah but properly function dan boleh sumbang kepada cara hidup sihat.

Maybe in future kalau aku rasa aku perlu kasi up performance untuk jadi above average cyclist dan aku mampu untuk upgrade, then I will consider.

In the end, benda benda riadah ni confirm boleh menyihatkan badan dan itulah yang patut kita fokuskan.


Leave a Reply