Mesilou Cat Village, Kundasang

Disember 2019

Kami sekeluarga ke Mesilou Cat Village, Kundasang (MCV). Simpang masuk ke MCV ni lebih kurang 500 meter dari simpang masuk ke Desa Dairy Farm. Ada papan tanda di depan simpang ini. Dari simpang masuk ni pula, perlu memandu lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke MCV. Jalan masuk ini tidak berturap, tapi aku nampak kereta kecil pun boleh keluar masuk, so aku rasa no problem lah.

Mesilou Cat Village, Kundasang, Sabah
Keadaan jalan dari simpang masuk ke lokasi Mesilou Cat Village.

*****

Mesilou Cat Village, Kundasang, Sabah

Untuk masuk ke MCV ini, pengunjung perlu mebayar fi pada kadar RM4.00 untuk orang dewasa, dan RM3.00 untuk kanak – kanak. Kemudiannya aku diberitahu kutipan tiket ini akan digunakan untuk membeli makanan, rawatan kesihatan dan penyediaan tempat tinggal yang selesa untuk kucing – kucing ini.

Hana dan Iskandar suka dengan kucing. Kami tiada kucing peliharaan, tapi kami beri makan kucing-kucing yang datang singgah ke rumah. Ada kucing yang singgah dan terus jadi tuan rumah, sehingga la akhir hayatnya. Pada aku, lebih murah dan mudah untuk beri makan kepada kucing – kucing jalanan itu berbanding beli baka yang istimewa sehingga mencecah ribuan ringgit. Aku rasa duit aku lebih baik dibelanja ke arah lain.

Kucing jinak di Mesilou Cat Village

Berbalik ke Mesilou Cat Village, separuh dari kucing ini merupakan kucing jalanan yang dikutip dari beberapa daerah seperti Tuaran, Ranau, Sandakan dan beberapa tempat lain. Kucing – kucing ini ditemui dalam keadaan sakit, kurus dan kelaparan. Bila dibawa ke MCV, semua aspek makanan dan kesihatan ditanggung oleh pemilik MCV.

Mesilou Cat Village

Dan separuh lagi merupakan kucing milik tuan rumah MCV sendiri. Kucing – kucing ini sungguh jinak dan boleh dibelai, dipeluk oleh pengunjung. Kalau tengok ke laman Facebook MCV, ada harinya tempat ini akan ditutup bagi memberi masa dan ruang bagi kucing berehat.

Nota Tambahan
Aku harap wakil rakyat di Kundasang ini boleh beri bantuan atau dana untuk perbaiki dan naik taraf jalan kampung terutamanya ke lokasi yang benar-benar mempunyai daya tarikan kepada pengunjung di Kundasang. Atau sediakan saja perkhidmatan shuttle yang berpangkalan di pekan Kundasang, dan rancang laluan khas bagi shuttle ini untuk melawat lokasi menarik di sekitar Pekan Kundasang. Mungkin cara ini boleh mengurangkan kesesakan jalan raya ketika musim cuti umum dan cuti sekolah.

Share This:

2 thoughts on “Mesilou Cat Village, Kundasang

  1. Mas Light

    Se pernah limpas ni dulu masa lari Mesilau hehe but never masuk yet. Thanks for the post.

    1. admin

      You’re welcome šŸ™‚

Leave a Reply

You May Also Like

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: