Bring my kids to local museum to learn about this island history and culture

Lelaki sebagai surirumah

Surirumah ni selalunya dikaitkan dengan perempuan. Betullah, kalau translate ke English pun maksudnya “housewife”. Ada juga menyatakan suri itu bermaksud penyeri rumah tangga. Tapi aku tengok pekerjaan surirumah ni bukan dari segi jantina semata-mata. Secara dasarnya, surirumah ini menguruskan perihal rumah tangga – dari menguruskan makan pakai ahli keluarga sehinggalah ke pengurusan ekonomi isi rumah. Berdasarkan pemahaman aku ini, aku boleh katakan tanggungjawab surirumah ini sama dengan pengurus di tempat kerja. 

Aku tertarik dengan isu di media sosial yang membangkitkan persoalan jika seorang perempuan itu diminta untuk tinggal di rumah saja dan menguruskan rumah tangga, walaupun mempunyai kelayakan dan taraf pendidikan yang tinggi. Respon yang diberikan adalah pelbagai. Secara peribadi, aku rasa setiap orang, tidak kira lelaki atau perempuan, perlu ada cita – cita dan diberi peluang untuk menjadi seorang insan yang terbaik dalam apa juga bidang yang mereka ceburi. Sebagai tambahan, aku rasa tidak adil untuk letakkan isteri di tempat yang dia tidak boleh explore kebolehan dan kemahuan dia selagi tidak bertentangan dengan pegangan agama dia. 

Bring my kids to local museum to learn about this island history and culture
Luangkan masa dengan anak – anak melawat muzium tempatan untuk belajar sejarah.

Aku sendiri pernah fikirkan kemungkinan untuk jadi surirumah sepenuh masa. Dengan syarat aku sudah ada banyak duit simpanan dan duit kecemasan (dua jenis simpanan yang berbeza, dan wajib ada untuk sebuah keluarga). Dan syarat tambahan, aku boleh urus kerja atau perniagaan dari rumah. Maksudnya, walaupun aku jadi surirumah, tapi aku ada sumber pendapatan – yang bukan makan gaji atau perlu hadir ke pejabat dan bekerja 9 to 5. Bukan semata-mata berhenti kerja dan duduk rumah mengharap isteri bawa balik gaji bulanan. Suami tidak sepatutnya menjadi beban kepada isteri.

Aku cuba bayangkan aku jadi seorang surirumah. Aku boleh masak untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Beza memasak sendiri dengan makan di luar ini ialah penjimatan. Serius, masak sendiri lebih jimat. Hujung minggu kau keluar beli bahan mentah dan spend sedikit masa untuk bahagi-bahagikan portion makanan untuk 6 hari. Let’s say kau peruntukkan hari Ahad untuk buat semua tu. Pagi pergi ke pasar beli bahan mentah, kemudian balik rumah kau peruntukkan bahan-bahan tu untuk 3 kali makan setiap hari. Dari sini kau boleh plan apa jenis masakan yang kau akan buat. Dan bagi yang biasa memasak, boleh sedia pes masakan dan simpan dalam fridge. Itu salah satu cara untuk jimatkan masa menyediakan makanan. Sampai masa just tumis bawang merah bawang putih dan masukkan pes diikuti bahan mentah. Siap. So yeah, I can see myself doing that on Sunday morning.

Homemade banana cake with a bit of raisin
Aku juga pandai buat kek.

Dari segi pendidikan anak – anak pula, aku boleh luangkan banyak masa untuk bantu mereka siapkan kerja rumah. Sebelah malam, kami boleh buat ulangkaji atau latihan. Sebenarnya bila kita sama-sama buat latihan atau ulangkaji ni, kita boleh tahu kalau anak-anak itu faham atau tidak apa yang mereka belajar di sekolah. Kita kena faham, tugas mengajar dan mencerdikkan anak ini bukan semata-mata tanggungjawab guru di sekolah. Satu kelas itu ada 30 orang, dan cikgu hanya ada masa sejam untuk ajar 30 orang ini. Memang kerja yang sukar, so aku rasa disinilah tanggungjawab aku sebagai bapa pula untuk bantu anak-anak memahami pelajaran disekolah. Lagipun, kalau aku jadi cikgu di rumah, confirm la mereka dapat sepenuh perhatian. Cuma cabarannya ialah aku kena bersedia untuk faham silibus dan kena belajar juga macam diorang. Dan rule of thumb untuk faham sesuatu subjek ialah kita mampu terangkan subjek itu kepada orang lain dengan mudah.

Studying at home
Aku sediakan white board untuk assist pembelajaran.

Based on these two points, macam boleh nampak actually kerja surirumah ini pun very demanding. Rasanya tiada beza dengan kerja di pejabat. Cuma kerja di pejabat stress dia tinggi sebab kalau kau makan gaji, dan kau bukan boss, possibility untuk kau suffer from office politics and shitty attitude is tinggi. But aku kena stress lagi sekali, aku bersedia jadi surirumah bila aku sudah ada banyak duit simpanan or aku ada perniagaan sendiri. At the moment aku masih makan gaji, and I have to deal with a lot of things. Aku tidak cakap kerja makan gaji ini susah. Of course kalau working environment bagus, dapat colleague pun professional, boleh jamin good career growth, satisfaction and good personal development. 

Sebagai kesimpulan, aku mahu jadi surirumah. I believe my wife want the same too. Mungkin ini penangan bila sudah berumah tangga. Kau mahu yang terbaik untuk anak-anak, dan yang terbaik untuk kau dan pasangan. Tapi untuk dapatkan yang terbaik ini, perlu banyak persediaan. Inilah yang dimaksudkan peribahasa “Sediakan payung sebelum hujan”. Secara ringkasnya, sebelum aku jadi surirumah sepenuh masa, aku kena

  1. Ada banyak duit simpanan
  2. Ada perniagaan
  3. Tiada hutang kereta atau rumah atau pinjaman peribadi
  4. Mampu menjadi surirumah, or else aku cuma jadi biawak hidup yang membebankan isteri.

Mungkin ada yang simpulkan dari 4 poin yang aku kemukakan itu bermaksud kau kena jadi kaya untuk mampu jadi surirumah. 

Kalau begitu, aku akan counter dengan nasihat seorang ustaz “kalau gaji atau pendapatan tuan tuan dan puan puan RM 800 sebulan, hiduplah macam cara orang gaji RM 800 sebulan, bukan macam orang gaji RM 8,000 sebulan.”

Share This:

Leave a Reply

Releated

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: