Last jalan – jalan 2019

Minggu lepas kami sekeluarga ke Kuala Lumpur. Aku rasa ini last trip untuk bawa budak-budak pegi theme park sebab dari awal tahun lagi aku sudah set untuk fokus kerja dan simpan duit for the next 5 years.

Januari, kami mula tunggu tiket flight AirAsia murah. Seingat aku, dalam jam 11 atau 12 tengah malam, aku beli tiket untuk kami sekeluarga, pergi balik Labuan – Kuala Lumpur (KLIA2) dengan harga RM260.00.

Februari sehingga Mei, kami pelan-pelan beli hotel dan tiket masuk theme park. Kami travel dari 19 Jun – 25 Jun. So kami plan tempat tinggal awal-awal dan just check hotel rate. In February kami beli room untuk 19 – 20hb, in March kami beli hotel room for 21st to 23rd June and so on. Secara purata, kami spend about RM100 per night, and some hotel we paid less actually. Lagipun dengan cara ini tidaklah nampak beban betul bayar penginapan seminggu sekaligus. Personally, aku tidak suka tengok cash flow macam air terjun.

For theme park, aku beli online. Except for our trip to Genting, kami cuma stay di hotel. Lagipun, outdoor theme park still under renovation dan dijangka siap tahun depan (2020). So kami pergi ke Genting tu cuma untuk jalan-jalan saja besides bagitau Hana kami pernah kemari masa dia masih baby lagi. Come to think of it, travel bawa baby memang penat. For Sunway Lagoon aku beli online. Rasanya lebih murah berbanding beli walk-in. Aku akan cerita pasal Sunway in next post.

Masa plan travel tu, kami pilih tarikh during weekdays. Dan bukan waktu cuti sekolah. Itu sebabnya tiket flight dan harga hotel room murah. Aku cuma concern pasal persekolahan anak-anak. Lama juga aku fikir kalau travel ni worth it compare to anak-anak pergi sekolah menimba ilmu. So aku check takwim sekolah for exam, clear. Aku check tarikh, a week after Raya. Akhirnya aku buat keputusan untuk bagitau cikgu kelas Hana dan Iskandar. Syukur, aku cuma diminta buat surat untuk menyatakan tidak hadir. TETAPI, nampak cacat la kehadiran. Aku pikir, tidak apa lah, ini last sudah travel. Lepas 5 tahun baru kita jalan-jalan trip macam ni lagi. Aku buat surat dan request cikgu untuk simpankan homework dan nota untuk anak-anak.

So, in the next few post, aku akan tulis sedikit pasal tempat atau hotel yang kami pergi. Dan travel kali ni, aku belajar benda paling penting which is aku perlu my own action cam untuk rakam video. Sebab aku pinjam action cam orang lain, dan aku fumble dengan setting. And somehow most of the footage hilang and I dont know why. 🙁

So, come again tomorrow and the next, because I will be posting on our trip in my blog.

Share This:

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: