Kisah kucing tua

Many years ago, aku jumpa kucing ni terbaring depan rumah. Aku datang dekat untuk check apa masalah kucing tu. Rupanya dia baru kena langgar dan tercampak ke depan kawasan rumah aku. Seorang lelaki pelan-pelan datang, tersengih-sengih.

“Sori bang. Aku terlanggar.”

Aku angguk ja. Kawasan depan rumah aku ni macam-macam kemalangan sudah aku tengok. Kucing, anjing, ular, budak kecil, orang dewasa. Yang kaki terlipat ke arah berlawanan, yang tersepit sampai lutut bertemu mulut, yang masih pegang phone check Facebook lepas masuk parit, semua sudah jadi sini.

“Nda apa. Sudah biasa” aku jawab.

“Kalau begitu aku jalan la dulu bang”. Laju dia pandu kereta Kelisanya. Macam tiada sesal langgar kucing.

Aku pun sudah macam undertaker sini ni. Tiap kali kucing mati depan rumah, aku tukang kubur. Pernah aku terfikir untuk letak batu nisan tepi jalan tu sebagai tanda kubur kucing-kucing tu. Tapi setakat terfikir saja lah. Kalau anjing yang kena langgar, orang di setinggan sebelah tu yang kutip. Selalunya anjing diorang juga tu yang kena langgar. Aku pernah tanya kamu kubur dimana. Dia cakap “kami masak saja itu,boss!”. Terdiam aku.

Aku cari alas untuk kucing yang nampak macam nazak sudah tu. Tengok cara bernafas pun macam bakal jumpa Tuhan sekejap lagi. Aku jumpa windshield Digi. Boleh la, daripada kepanasan oleh tar jalan. Aku tengok mukanya sudah bengkak sebelah. Keluar darah sikit di mulutnya.

Aku tidak sampai hati kasi tinggal dia mati sendiri. Aku usap badannya pelan pelan. Aku kesian sebab memang sudah banyak kucing jalanan yang singgah, hidup bersama kami sekeluarga, dan mati di kawasan rumah kami juga. Tidak lama, azan Maghrib berkumandang. Kucing ni masih bernafas perlahan. Aku angkat dia sekali dengan alas tu dan letak dalam pagar. Aku takut nanti kena serang anjing pula. Aku sudah sedia untuk kuburkan kucing ni andainya dia mati pada hari itu juga.

Malam sikit, aku lawat lagi kucing ni. Masih ada denyutan jantung, suhu badan pun ok, belum sejuk, belum keras. Aku letakkan satu mangkuk air.

“Kau minum la meow, esok aku bawa pigi klinik” aku cakap sama dia.

Aku tiada kuasa special bercakap sama binatang. Tapi aku rasa diorang faham ni apa aku cakap. Aku pernah marah dekat kawan si Nana (pun sudah mati), “Kau bagitau si Nana, kalau dia nda balik esok, jangan balik rumah lagi!”. Esoknya ada pulak si Nana ni berlari masuk rumah cari makanan.

Esoknya, si kucing ni hilang. Aku cuma basuh alasnya yang ada sedikit darah dan air liur sudah kering tu, dan buang ke tong sampah. Seminggu lepas tu, dia datang balik, berjalan di atas pagar. Tapi senget mukanya, nampak macam rahang sebelah kiri tu terlepas. Air liur pun mengalir saja. Aku bagi dia makan, dia makan sikit, lepas tu blah. Mungkin dia cuma mau tunjuk dia hidup lagi.

Fast forward ke tahun ini.

Dia kencing kasut running aku.
Dia kencing semua pasu bunga.
Dia kencing tayar, bumper dan body semua kereta di rumah ni.
Senang cakap, mana yang dia berkenan, dia kencing.

Tapi nda apa lah. Yang penting aku tau kau masih hidup.

Share This:

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: