Kerja rumah di musim PKP

Read Time:2 Minute, 31 Second

Sejak seminggu lepas, group Whatsapp kelas anak-anak dipenuhi link dan pautan fail PDF mengandungi kerja rumah untuk disiapkan. Buat masa ini, PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan ke tarikh 14 April 2020. Pada pendapat aku, ia perlu dilanjutkan ke bulan Mei atau Jun, bergantung kepada kadar kes baru setiap hari. Lebih baik kita kekal selamat.

Berbalik kepada perkara homework ini, aku rasa menggunakan medium Whatsapp untuk tujuan kerja rumah ini tidak sesuai. Aku masih berpendapat, menggunakan emel dan dihantar kepada ibu bapa, atau anak-anak sendiri lebih berkesan dan efektif.

Pertama, Whatsapp, walaupun sudah ada feature hanya Admin boleh menghantar mesej, ia masih berada didalam persekitaran yang santai kerana ia lebih kepada komunikasi seharian. Jadi, mesej pun disampaikan dengan santai.

Kedua, pautan ke laman web dan fail PDF yang disertakan untuk dimuat turun, jika terlalu banyak dan tidak dikategorikan dengan kemas, akan membuatkan pembaca atau penerima mesej tersebut berasa rimas. Whatsapp UX & UI is meant to be scroll up and down. When you stop at one point and click at the link, a browser app will be opened. Once your work done on that browser, you will go back to Whatsapp app.

Aku tidak benci Whatsapp.

Pada pendapat aku, guna emel lebih sesuai untuk urusan begini. Emel digunakan untuk urusan rasmi, urusan perniagaan dan lain-lain urusan yang perlukan penulis emel itu ‘menulis’ dengan betul dan teratur. Secara tidak langsung ia menimbulkan satu vibe untuk berkomunikasi dengan betul dan formal. Benda yang betul dan formal selalunya akan menimbulkan kesedaran untuk berdisiplin. Jadi, bila ibu bapa atau anak-anak terima emel sebegitu, ia akan memotivasikan semua pihak untuk bekerja dalam kapasiti professional.

Dan penggunaan emel boleh membantu pengkategorian kerja rumah kepada subjek tersebut. Jadi tidaklah berterabur jadinya. Kalau di Whatsapp, mesej pertama homework Math, mesej selepas itu homework Sains, selang beberapa mesej berkaitan pesanan guru, ditambah lagi mesej berkaitan homework Math. Berbanding emel, pembahagian kerja rumah mengikut subjek boleh dilakukan dengan teratur.

Sebagai contoh

Kepada : <group emel ibu bapa>

Cc : <group emel guru subjek bagi kelas tersebut>

Tajuk : Kerja rumah kelas 6 Mawar bagi tarikh 8 April 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut merupakan kerja rumah bagi kelas 6 Mawar pada hari ini, 8 April 2020. Pelajar diminta untuk menghantar jawapan melalui emel kepada alamat 6mawar_SK@emel.com untuk tujuan pemarkahan / Jawapan kepada kerja rumah ini akan dihantar pada jam 8.00 malam nanti. Ibu bapa diminta untuk membuat pemeriksaan bersama anak-anak. Jika ada sebarang kemusykilan, sila emel ke <emel guru subjek tersebut>.

Matematik
<Penerangan berkaitan subjek kerja rumah tersebut>
– Link : Pautan ke Google Doc

Sains
<Penerangan berkaitan subjek kerja rumah tersebut>
– Sila buka pautan KerjaRumahSains.pdf yang disertakan bersama emel ini

Bahasa Melayu
<Penerangan berkaitan subjek kerja rumah tersebut>
– Link : Pautan ke Youtube

Bahasa English
<Penerangan berkaitan subjek kerja rumah tersebut>
– Link : Pautan ke Google Doc

Selamat mencuba.

Nampak lebih kemas dan profesional, kan? Smartphone zaman sekarang ni level yang paling murah pun boleh ada applikasi emel dan browser, jadi tidak timbul isu ekslusiviti.

About Post Author

admin

I don't have a fancy thing of me to write about. Do it for the passion. Not for fame.
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: