I attended Kursus Latihan Pengendali Makanan

Kursus wajib untuk semua yang berkecimpung dalam perkhidmatan / perniagaan berkaitan makanan. … Read More >I attended Kursus Latihan Pengendali Makanan

23 Februari 2019

Hari ini aku akan pergi ke Perbadanan Labuan untuk menghadiri kursus / latihan pengendali makanan untuk melengkapkan requirement bagi seorang pekerja di premis menjual makanan. Pemeriksaan kesihatan dan suntikan yang wajib sudah kami buat pada akhir tahun lepas. Sepatutnya, aku mesti ada Sijil Latihan Pengendali Makanan (SLPM) barulah aku teruskan dengan pemeriksaan kesihatan dan dapatkan suntikan di klinik. Tapi aku selalu sibuk. 

Kursus dijangka bermula jam 8, tapi sebaik aku sampai di lobi Wisma Perbadanan Labuan, masih ramai yang beratur untuk mendaftar di dalam sebuah bilik yang aku assume sebuah pejabat untuk membuat pembayaran. Aku cari penanda atau notis untuk menandakan akan berlangsung program kursus SLPM, tapi tiada. Aku naik ke tingkat 4, setelah aku buat carian Google dan result menunjukkan program yang lepas diadakan di Tingkat 4.

Sampai ke tingkat 4, aku diberitahu oleh seorang adik yang aku perlu mendaftar terlebih dahulu di kaunter yang aku mula mula nampak tadi. Dan dia terus beri cadangan untuk menggunakan lif. Maybe it was too obvious I was panting heavily. Strip of sweat was visible on my shirt. Terima kasih dik. 

Aku tahu, ini perenggan ke 4, dan aku masih belum move on ke cerita pasal kursus sebab pada perenggan ke 4 ini aku mahu ambil peluang untuk menyampaikan cadangan kepada pihak Perbadanan Labuan (sekiranya ada yang membaca) agar memudahkan proses pendaftaran dengan menggunakan sistem nombor giliran, atau arahkan staff untuk greet dan welcome all participants and direct all of us verbally kalau tidak mahu hidupkan mesin nombor giliran. Sebab semua yang datang tu bila masuk kaunter, tengok kiri kanan, dan termenung memikirkan what the hell are we suppose to do now? I have to ask, dimana beratur or macamana sistem nombor giliran? A young lady, which I assumed not a staff, looks more like a daughter helping her mom, pointed to three seats arranged in parallel which lead to a woman who’s doing a registration. Barulah ada pergerakan di kalangan yang hadir. Mula – mula tadi semua macam zombi, duduk termenung dan menunggu bulan jatuh ke riba. Sekarang berebut pula. Or maybe, buat sistem pembayaran online so peserta tidak perlu berbaris lama dan terus “check in” di bilik kursus dijalankan. Done bagi cadangan. Tahun 2019 ni, beli keropok pun bayar online.

8.30 pagi dan pendaftaran masih berlangsung. Antara yang hadir pada hari ini adalah pelayan, tukang masak, tukang buat air, tukang sembelih ayam, tukang bakar sayap ayam dan beberapa orang supervisor dan pemilik perniagaan. Paling menarik perhatian ialah sekumpulan pekerja sebuah restoran yang sempat terkenal selama beberapa minggu sebelum ditutup pula selama dua minggu atas faktor kebersihan. I assumed it was because they all dont have this SLPM certificate lah. However, dalam sesi pengenalan objektif kursus dan kata kata aluan seorang eksekutif yang aku lupa nama dia, whom are actually funny and did entertained everyone, actually revealed few reasons why the restaurant was ordered to closed down for cleaning. Aku tidak akan kongsi disini, sebab aku harap dengan menghadiri kursus ni, diorang akan lebih educated and well informed. Through out the introduction, aku dengar semua benda common yang perlu diamalkan dalam industri food & beverage. Kebersihan terutamanya. Or benda-benda yang akan trigger kemarahan Gordon Ramsay dalam TV show dia. 

Towards the end of his speech, the executive, menekankan dan meminta agar semua yang bertugas sebagai pelayan supaya sentiasa mempamerkan attitude yang welcoming, atau mesra dan professional dalam menjalankan tugas. Dia teringat satu kejadian, bila seorang pakcik yang dia kenal, datang dari Sipitang menaiki bot laju untuk melawat anaknya di Kolej Matrikulasi, singgah ke sebuah kedai makan untuk… makan. The first thing the waitress asked “APA KAU MAU?”. Like, wey kesian pakcik tu sudah la penat kau pula layan macam tu.

The actual course started at 9.00 am I believe. Penceramah, atau tenaga pengajar ialah encik Hii Tai Pei. Encik Hii begitu bersungguh sungguh menerangkan semua poin-poin dan tajuk berkaitan kebersihan dan etika dalam pengendalian makanan. Most of the points adalah logik dan sebenarnya berkisar dengan kehidupan seharian kita di rumah juga. Unless, kau seorang pengotor, you may not be able to relate. So, antara perkara yang Encik Hii bentangkan ialah

  1. 7 langkah membasuh tangan. Basically poster yang kita nampak di sinki restoran.
  2. Pengasingan peralatan dapur untuk jenis bahan masakan berlainan. Sebagai contoh, kain lap berasingan untuk lap tangan, lap pinggan dan lap meja. Atau jenis pisau dan alas pemotong (sesaban mun kedayan) berlainan untuk daging, ikan, sayur sayuran dan roti. 
  3. Keperluan kebersihan diri, bermula dari memakai penutup kepala, tidak memakai cincin, jam atau aksesori, warna apron yang cerah dan lain -lain.
  4. Cara mengendalikan makanan dengan bersih. Contohnya bila mengangkat makanan untuk dihidangkan, hendaklah diletak di atas dulang. Contoh kesalahan yang diberikan ialah menindihkan piring untuk jimat masa bergerak. You know, like stacking plates di lengan sampai ke siku tu. Or dipping your fingers dalam teh tarik. 

To be honest, kau kena datang course ini untuk tengok benda – benda yang memualkan. Like, how could you store vegetables dalam bekas polisterin yang kehitam-hitaman itu? I guess that was the point, to show what’s not to do, and by doing so, kau akan create kesedaran dalam diri sendiri untuk jaga kebersihan. 

Ceramah berlangsung dalam tempoh 1 jam lebih. Pada akhir kursus, semua peserta diberikan sijil kehadiran yang ada disertakan nombor siri. Nombor siri inilah yang perlu ditulis di kad kesihatan. Nampaknya sekarang aku sudah penuhi full requirement untuk bantu isteri aku berniaga makanan. Sijil Latihan Pengendali Makanan ini tidak perlu diperbaharui dan sah seumur hidup selagi sijil ini masih dalam keadaan baik dan boleh disahkan. Or maybe diorang ada sistem online untuk simpan semua data ini so kau boleh verify in future.

Siapa yang perlu ikut kursus ini?

Basically sesiapa yang mengendalikan makanan di mana – mana premis perniagaan atau perkhidmatan seperti pekerja kedai makan, penyembelih ayam, penjual bahan mentah, pengasuh di pusat penjagaan dan lain-lain. Or maybe kau just curious and have spare time and spare money, you can join too.

Untuk mengikuti kursus bagi mendapatkan Sijil Latihan Pengendali Makanan ini, boleh berhubung dengan Perbadanan Labuan di talian 087-480640. 

Di Wilayah Persekutuan Labuan, Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah Labuan Food Training Center. 

Encik Hii Tai Pei boleh dihubungi di talian 017-850 5781

Yuran kursus ini ialah RM 50.00 seorang.

Syarikat Sekitar Bumi Hijau Sdn Bhd membeli minyak masak terpakai di WP Labuan untuk menguruskan sisa buangan minyak terpakai dan seterusnya mengelakkan dibuang ke longkang serta mencemarkan alam sekitar. Sila hubungi 016-4219934.

Leave a Reply