Genting Highlands Trip – Jun 2019

Kami pergi Genting Highlands walaupun tahu outdoor park belum siap. Most probably to fill in our one week holiday. Lagipun, selalu pergi Kundasang untuk rasa sejuk, so this time kita pergi Genting Highlands lah. So, kami gerak ke KL Sentral untuk ambil bas dari sana. Harga tiket untuk kami berempat, dua dewasa, dua kanak kanak termasuk tiket Awana Skyway in total ialah RM 106.40 (lebih kurang). Pada masa itu, glass gondola under maintenance.

One way
Dewasa RM 4.90 / Kanak – Kanak RM 3.70.
Awana Skyway RM 9.00.


Untuk beli tiket ni, cuma turun guna eskalator atau lif ke bawah. TIket bas ke Genting satu baris dengan kaunter tiket bas ke KLIA dan KLIA2. Memandangkan bas kami akan bertolak pada jam 1.30 petang, so kami ke Nu Sentral untuk cuci mata dan beli barang makanan. Khabarnya makanan mahal di Genting. Tapi semalam aku Google and came across few blogs about recent trip to Genting. Majority says there’s cheaper option now. Not that cheap cheap. Cheap like spending RM 20 per person for a meal. But I proceed to buy some instant noodles anyway. Malaysian, travel and instant noodle. Haha. Kami tapau burger from Burger King dan some roti and buns from one bakery.

At 1.25 we boarded the bus. Dan tepat jam 1.30 bas bertolak. Aku tak ingat apa-apa sebab aku straight up tertidur dan cuma terbangun bila sudah dekat Genting Premium Outlet. Dari GPO, kita akan menaiki Awana Skyway untuk naik ke Genting. Kami singgah sekejap untuk beli jeruk. I dont know why jeruk. And since kami tiada intention untuk shopping, kami go straight ke top level untuk line up naik gondola / cable car. Since it’s weekend, line up memang panjang. And the fact you have to deal with group tourist yang tidak pandai beratur and very rude, aku terpaksa tegur seorang foreign tourist guide supaya stop tolak bini aku. Aku rasa dia dan group dia faham sebab lepas tu diorang buat distance about a meter from us.

Perjalanan cable car ambil masa lebih kurang 10 minit. Anyone want to stop halfway to visit the temple can do so at Chin Swee Station and resume later on. As we moved towards Sky Avenue, the final station, kami nampak outdoor theme park yang sedang dalam renovation dan upgrade. It should be open in 2020. Ada indoor park juga untuk kanak – kanak. Along the way ke First World Hotel memang betul ada banyak kedai untuk shopping and makan makan. 

Hotel check in was easy because you can do it at the kiosk yourself. Just get your passport or MyKad and booking number ready. The kiosk will issue one room card. Kalau perlu second card, kena provide another passport or MyKad for record. It’s all done within 5 minutes. There are more than 15 kiosk i think, so tak perlu line up panjang. Ada staf hotel juga untuk bantu jika perlu, so dont be afraid to ask. For walk in, boleh proceed ke kaunter. Once done, check the receipt issued by the kiosk (or you can see it on the screen) for your room number and which tower you’re going to stay. 

Later on kami turun ke kompleks dan jalan – jalan to see what’s going on. Indoor rides memang untuk budak – budak but since the outdoor theme park masih belum open, ramai juga la orang dewasa yang main. After all, Genting tempat untuk enjoy. We then sat in front of the big screen since ada light show called SkySymphony that will play scheduled light and visual performance every 30 minutes. Ada empat story or song performance, so kami cuma pilih untuk tengok Batman 80 years anniversary dan one romantic cartoon show. 

Kami pilih untuk masuk ke Snow World. Harga masuk untuk warganegara Malaysia dewasa ialah RM 40 seorang, dan RM 30 seorang untuk kanak kanak. Bila sampai turn kami, kami proceed untuk masuk dan di satu seksyen akan berhenti untuk pilih boots, sarung tangan dan jaket tebal. Ada locker disediakan untuk simpan barangan peribadi. Just remember to lock and keep the key, sebab ada seorang pelancong ni kehilangan kunci so dia kena pilih untuk masuk balik cari dalam snow atau bayar penalty fee on the spot untuk buka.

Anyway, kami masuk ke Snow World dan confirm sejuk. Aku baca in few blogs the temperature is at -6 degree celsius. Telinga aku sejuk sampai tahap pedih, so kena la pakai hoodie yang disediakan. Tekan shutter camera memang susah dengan glove tebal, so kadang – kadang aku kena buka glove just untuk tekan shutter. Pro tips: untuk buka glove dengan mudah, kepit glove di ketiak dan just tarik tangan if you’re holding camera on one hand. Dekat dalam snow ni ada short Toboggan slide, so kau kena la angkut slides pegi atas. Hana tried the slides. Iskandar pula kesejukan padahal dia yang beria mau masuk. Ada many spots untuk bergambar, so, dalam masa 40 minit yang ditetapkan, pandai – pandai kau la set timing bergambar dekat props disediakan. And be careful, some area sedikit licin. So after 40 minutes, kami keluar dan decide untuk cari makan. 

Kami ke lower ground floor yang ada specialty Malaysian food. Harga nasi dan harga lauk asing. So contoh nasi lemak satu pinggan around RM 7.00. Nasi lemak tu ada sambal, ada timun, ada ikan bilis. Or nasi kandar (around RM 9.00). Or nasi briyani (around RM 9.00). Untuk tambah lauk, kena tengok harga. Aku pilih nasi putih dan ayam masak kari. Ayam masak kari tu harga dia RM 12 – RM 13 seketul besar. So total makan lebih kurang RM 20 – RM 25 termasuk air. Portion banyak, so aku kongsi dengan Hana dan wife kongsi dengan Is. Total about RM 50 lah untuk dinner. Lagipun dekat bilik kami ada bawa makanan beli di Nu Sentral pagi tadi. I know I saw 7 Eleven somewhere tapi lupa floor berapa. Just in case you reading this thinking if there’s any cheaper option. Di hotel, every floor ada satu section untuk ambil air. Air sejuk or air panas. After dinner, kami round sekejap dan masih ramai orang shopping dan main games walaupun sudah jam 9 lebih. Not long before we decided to head back to our room and call it a day. Before we go to sleep, Hana tanya if tomorrow morning kita akan mandi swimming pool. Aku cuba ketawa tapi pasal penat, aku ketawa dalam hati saja lah. Lucu ya anak gue yang seorang ini.

The next day, breakfast at lobby hotel. Harga murah sikit dari food court semalam. Ada nasi lemak and mi sup and more foods. Nasib baik bukan peak season, so untuk cari meja kosong sangat mudah. Kalau kaya sikit boleh breakfast di area shopping complex. Standard lah tempat ni harga mahal dari biasa sebab consider transportation cost dan other cost untuk overhead.

Check out time is at 11.00 am. So lepas breakfast kami balik ke hotel dan berehat sekejap and kemas barang. We checked out at 10 before 11.00 am. Check out pun senang, just insert room card di kiosk and wait to see confirmation you already check out. And we out looking for things to buy as souvenir. Later on we headed to the top level and enjoy the cold breeze of Genting Highlands. We sat down for a coffee before going to H&M to buy some shirts and head straight to the skyway entrance. 

And that concludes our trip to Genting Highlands. Maybe we will come again in 5 years time, tunggu adik Is tinggi sikit.

Share This:

Leave a Reply

Releated

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: