The best oxtail asam pedas

Tahun 2003 

Diploma aku 4 tahun setengah. Aku bukan special atau genius macam kawan – kawan yang lain. Aku terpaksa extend satu tahun setengah sebab gagal beberapa paper. Kadang – kadang aku fikir, mungkin Accounting bukan sesuai untuk aku. Memang pun. Cita – cita aku dulu lebih kepada perkomputeran. Tapi result SPM tidak layak untuk capai cita – cita itu, namun diberi peluang juga melanjutkan pelajaran ke Universiti – cuma diberi bidang yang lain.

Sebagai student extend, kelazimannya diberi status Non Resident. Setengah mati juga aku mencari rumah sewa sebab kawan – kawan semua sudah grad. Aku saja yang terkial kial mengejar Diploma bila yang lain sudah melangkah ke level Ijazah. Aku cuba tinggal di rumah keluarga terdekat yang menetap di KK, tapi boleh rasa janggal sebab… tidak apa lah.

Akhirnya abang Adam, penyewa rumah di belakang rumah kami di Labuan offer untuk tinggal dengan dia. Abang Adam, pada masa itu seorang penyanyi di sebuah kelab di KK, offer aku untuk tinggal dengan dia dan ahli band. Dia sampaikan niatnya itu melalui bapaku. Aku terima. Dan sehingga ke hari ini dan sampai bila-bila, aku bersyukur kenal abang Adam. Dia dan kawan – kawan band dia banyak ajar aku tentang hidup, dan jadi kawan yang baik sepanjang aku tinggal bersama. 

Abang Adam juga lah yang kenalkan aku dengan Oxtail Asam pedas di Hotel Hyatt, Kota Kinabalu. Favorite dia, dia bilang. Akhirnya, aku pun jadi peminat oxtail asam pedas di Hotel Hyatt tu. Dan setelah aku tamat Diploma, aku mula memasuki alam pekerjaan dan lebih banyak menghabiskan masa di Labuan untuk fokus kepada kerjaya dan keluarga. Sekali sekala bila aku ke KK, aku akan cari balik oxtail asam pedas ni.

Oxtail Asam Pedas Chef Mansor, Kota Kinabalu, Sabah

Tahun lepas, aku dapat tahu chef yang bertanggungjawab menyediakan oxtail asam pedas tu sudah buka restoran sendiri di Sembulan. Sedap betul kah benda ni? Pada aku, memang sedap. 

Kalau mahu mencuba, boleh lah ke

RCM Restaurant & Catering. 
Ground Floor, Lot 33A, Lorong Grace Square, Sembulan.
Tel : +6019 882 2907 
Email : rcmmansor@yahoo.com 
Facebook : Chef Mansor




Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *