9 Mac 2013, cuba mendapatkan gambar komet PanSTARRS dari pantai Kg Layang-Layangan, WP Labuan. Berpandukan beberapa tips dari laman khusus berkaitan astronomi, percubaan bermula selepas solat Maghrib. Dalam 10 keping gambar hanya ada 4 yang kelihatan ekor komet tersebut, tetapi ianya terlalu kecil dan pada awalnya ia dilindungi awan. Alhamdulillah, dapat juga diabadikan dalam gambar, namun tidak berapa memuaskan. Cerapan hilal seterusnya akan saya gunakan untuk mendapatkan visual terbaik komet ini sekali lagi.
Cerapan PanSTARRS pada 9 Mac 2013 disertai saudara Noralip Hasanuddin dan saudara Julymi Jumat.
Kami teruskan cerapan M42 pada sebelah malamnya setelah melihat keadaan langit yang mengizinkan. Pada mulanya kami halakan teleskop dan kamera ke Pleiades, tetapi kehadiran awan sedikit mengganggu kelancaran cerapan. Oleh itu kami putuskan untuk mencerap M42 bila Orion kelihatan tegak di atas kepala dan tidak banyak dilindungi awan. Alhamdulillah, turut dapat dirakam kelibat M42.
Leave a Reply