Arte Plus by Afflexia Serviced Suites KLCC – Reviu

Untuk mengakhiri holiday trip kali ini, my wife decided to stay in Arte Plus lepas dia nampak tempat ni di Facebook. Tempat ni viral sebab beberapa lokasi dalam kawasan apartment ini begitu unik dan cantik. Ada web portral menggelarkan tempat ini sebagai most Instagrammable place around KL.

RM65 untuk satu malam memang sangat murah. Tapi rasanya ramai yang kecundang part ni dan cuma sedar bila check in. Sehari sebelum check in aku check semula app Agoda untuk atur perjalanan. Standard info macam check in time, dan lokasi. Kemudian baru sedar ini sebenarnya harga untuk Private Room with Shared Bathroom in Shared Apartment. Maksudnya kami akan kongsi apartment ni dengan orang lain. Aku emel pihak Arte Plus untuk kepastian. 

So the next day kami keluar dari Cosmo Hotel dan tempah Grab untuk ke tempat ni. Harga RM 16.00. Better to pay this rate than having to drag all our belongings naik train. To be honest, masa aku Google tempat ni pun the nearest train station pun lebih kurang 4km dari Arte Plus. Info dalam website tunjuk tempat ni hanya 4km dari KLCC. Memandangkan tempat ni baru 6 bulan, pemandu Grab susah jumpa entrance. Bila sudah sampai, kami ke lobi untuk check in. Ruangan lobi memang cantik. Aku terus tanya pasal jenis bilik yang aku tempah. Staf yang bertugas tu seorang yang friendly dan peramah. Dia confirmkan memang itulah bilik yang aku sudah booking. Sebuah bilik dalam sebuah apartment. Dia cadangkan untuk upgrade memandangkan kami datang sekeluarga so aku kena tambah RM 55.00 untuk satu malam bagi sebuah studio apartment. Maksudnya sekarang aku membayar untuk RM 120 tidak termasuk cukai dan fi tambahan satu malam. RM 65 + RM 55 + cukai dan fee lain = RM 120.00 satu malam. In total, aku bayar RM 240.00 untuk dua malam. Aku upgrade saja sebab aku rasa the price reasonable, aku malas berpindah lagi ke tempat lain dan anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? 

Guest selepas kami pun baru sedar dia sudah booked sebuah bilik dalam sebuah apartment, sama macam kami. Aku rasa aku mungkin cuai disitu sebab selalu book hotel room. Yang ni serviced apartment dan harga asal tu cuma untuk sebuah bilik.

Untuk ke studio apartment kami kena guna dua lif. So reception bekalkan kami dengan pamplet untuk tunjuk kena ambil lif yang mana satu. Mostly semua guest akan naik ke level R (short for Recreation level) before proceed ke lif untuk ke blok apartment. Aku pun pening menaip ni. Yang penting kena ingat lah nama lif, contohnya SL-01 (ada sticker on pintu lif). Dan untuk ke Lazy River Spa, Swedish Garden dan Gym kena guna lif bomba. Yang penting, rujuk dengan pamplet yang reception sediakan. 

Apartment yang aku dapat ada dua bilik tidur, satu master bedroom with toilet, ada satu toilet di luar. Di tempat memasak ada sebuah peti sejuk, sebuah dapur elektrik, sebuah periuk nasi elektrik, sebuah electric kettle, satu frying pan dan pinggan serta gelas. So kalau rajin memasak, boleh la guna kemudahan ni. About 2 minutes walk ada Village Grocer yang menjual bahan mentah. Kalau malas sikit, guna applikasi GrabFood. Sekitar kawasan ini ada beberapa gerai di tepi jalan berdekatan perumahan tentera dalam 2 minit perjalanan. Seberang jalan pun ada banyak kedai, tapi jejantas dia ke depan sikitlah. Sebab aku malas angkut anak-anak jalan jauh, kami buat keputusan untuk beli bahan mentah di Village Grocer M City dan cuma masak di apartment. Selain peralatan memasak, ada sebuah mesin basuh dan pengering. Kering betul macam dekat laundry tu tidaklah. So boleh Google kalau ada 24 hour self service laundry yang berdekatan.

Pada aku, tempat ni memang sama dengan apa yang kena advertise. These are my personal opinion.

Lazy River Spa memang cantik. Kena naik ke level 35 guna lif bomba. Luas ‘river’ dalam satu depa, dan kedalaman lebih kurang 1 meter. So weekend tempat ni aku rasa memang crowded lah. Dan keluasan river tu confirm akan berlaga dengan pengguna lain. Jarak dari hujung ke hujung ‘river’ ni lebih kurang 50m. Maybe less. Since ruang walkway cuma boleh muat untuk satu orang, aku cadangkan avoid tempat ni kalau ramai. Next to the river ada whirlpool. Masa aku datang ada budak bawa sabun ke dalam whirlpool ni dan offcourse la berbuih. Lepas tu dia transfer buih tu ke ‘river’. Aku rasa ini lah keburukan viral sebab dia attract idiot sekali. Sebelah whirlpool ada spa. Sebelah spa, ada security guard sibuk main phone. What the hell. Maybe management Lazy River Spa ni boleh buat partition untuk separate whirlpool dengan river.

Cloud Podium –Kami tidak dapat masuk ke tempat ni sebab ada satu famili booked the whole Cloud Podium dan barbeque area untuk kegunaan diorang sahaja. Since tiada effort untuk tutup area ni, ramailah yang termasuk ke Cloud Podium. Masa famili aku almost masuk Cloud Podium pun the family members cepat-cepat tutup pintu macam tak bagi orang datang beraya. Rupanya ada notis bercetak tempat tu ditutup untuk private event. Sorry but please dont give us the look. We dont need your food. 

Floating Fantasy Garden Night terletak di Recreational Level just sebelah Tower 3. Best to come at night sebab dia nampak cantik with the lights on. Although design tempat ni macam ada puddle, tidak bermaksud tuan tuan dan puan puan boleh mandi disitu ya. Ada sofa untuk berehat di kawasan ni. But just be careful with your steps sebab bila the light changes, mungkin tidak nampak the puddles. 

Outdoor Pool on Recreational Level. About 1 m deep. Ada pool untuk budak -budak just next to it. 

Swedish Garden terletak di Tower 3, Level 17. Kena naik lif bomba juga untuk ke tempat ni. Cantik untuk bergambar. 

Super Gym – Siapa yang pergi gym masa travel??

Sebagai kesimpulan, tempat ni memang cantik tapi sebagai guest kena ada banyak effort lah. Effort tukar lif, effort jalan kaki pegi luar sebab Grab driver tidak pickup area dalam ni. Kalau ada kereta, should be no problem sebab parking disediakan untuk mereka yang menginap di sini. Since kami datang pada hari Ahad yang mana ramai check out, pekerja maintenance dan cleaner sibuk bersihkan dan selenggara kemudahan ni. On Monday, pekerja bersihkan kolam dan letak ubat untuk tujuan pembersihan. In short, dont expect to do anything on Sunday evening dan Monday morning. 

Overall, aku simpulkan tempat ini sesuai untuk berehat during weekdays, not weekend.

Untuk maklumat lanjut tentang Arte Plus sila ke laman web rasmi mereka di https://www.afflexia.com

Untuk membuat tempahan secara online sila KLIK DI SINI

Share This:

Leave a Reply

Releated

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: