Akuarium & Muzium Marin UMS Kota Kinabalu, Sabah

Aku janji bawa anak-anak ke akuarium ni bila sampai KK. Aku sendiri belum pernah datang ke mari. Muzium Marin di Labuan tu rasanya sebulan sekali memang confirm kena masuk. Hana dan Adik Is suka tengok ikan – ikan yang di dalam akurium tu. Teringat pula lawatan kami ke Aquaria KLCC bulan Jun lalu. Bezanya yang itu diurus oleh syarikat swasta, manakala Muzium Marin Labuan diuruskan oleh Jabatan Muzium, dan Akuarium & Muzium Marin UMS KK ini merupakan sebahagian daripada Institut Penyelidikan Marin Borneo.

Kami sampai ke UMS sedikit lewat. Lebih kurang jam 3 petang. Aku berhenti di main entrance dan jumpa pihak sekuriti in case aku perlu ambil pas pelawat sebab akuarium ni terletak dalam kawasan UMS. Tidak perlu pas pelawat, cuma diberitahu masa melawat habis jam 4 petang. Dan bila aku tanyakan arah, senang saja. Dari main entrance, jumpa roundabout, belok kiri dan drive terus lebih kurang 5km. Besar betul UMS KK ni.

Akuarium & Muzium Marin ini dibuka setiap hari Isnin sehingga Sabtu, bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang. Hari Ahad dan cuti umum, tutup. Harga tiket ialah seperti berikut:

  1. Kanak – kanak / Pelajar berumur 4 – 17 tahun RM 5.00
  2. Dewasa berumur 18 tahun ke atas RM 10.00
  3. Warga emas RM 5.00

Harga berlainan untuk pelancong / bukan warganegara Malaysia.

Tarikan utama di tempat ni ialah akuarium yang menempatkan spesis-spesis tertentu, terutamanya dua akuarium besar. Feeding time atau masa diberi makan bermula jam 3.30 petang – 4.00 petang. So, boleh nampak lah penyu makan macamana. Garang betul penyu bila makan. Dia boleh tampar ikan lain yang berebut makanan dengan dia. Aku banyak spend masa tengok penyu saja sebab laju pula binatang ni berenang.

Walaupun kaca akuarium ni tebal, tapi pengunjung tidak digalakkan ketuk-ketuk cermin untuk menarik perhatian ikan dan penyu.

Overall, tempat ni bagus untuk bawa budak-budak belajar tentang hidupan laut. Untuk improve tempat ni, maybe boleh introduce applikasi digital bagi menerangkan jenis ikan yang ada dalam akuarium. Maybe just scan QR code di dinding akuarium, so pengunjung boleh tahu nama ikan. Pada aku, tempat ini bagus untuk jadi tempat pengenalan kepada anak-anak tentang pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan laut. Sekian.

Share This:

Leave a Reply

Releated

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: