Disember 2019
Kami sekeluarga ke Mesilou Cat Village, Kundasang (MCV). Simpang masuk ke MCV ni lebih kurang 500 meter dari simpang masuk ke Desa Dairy Farm. Ada papan tanda di depan simpang ini. Dari simpang masuk ni pula, perlu memandu lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke MCV. Jalan masuk ini tidak berturap, tapi aku nampak kereta kecil pun boleh keluar masuk, so aku rasa no problem lah.
*****
Untuk masuk ke MCV ini, pengunjung perlu membayar fi pada kadar RM4.00 untuk orang dewasa, dan RM3.00 untuk kanak – kanak. Kemudiannya aku diberitahu kutipan tiket ini akan digunakan untuk membeli makanan, rawatan kesihatan dan penyediaan tempat tinggal yang selesa untuk kucing – kucing ini.
Klook.comHana dan Iskandar suka dengan kucing. Kami tiada kucing peliharaan, tapi kami beri makan kucing-kucing yang datang singgah ke rumah. Ada kucing yang singgah dan terus jadi tuan rumah, sehingga la akhir hayatnya. Pada aku, lebih murah dan mudah untuk beri makan kepada kucing – kucing jalanan itu berbanding beli baka yang istimewa sehingga mencecah ribuan ringgit. Aku rasa duit aku lebih baik dibelanja ke arah lain.
Berbalik ke Mesilou Cat Village, separuh dari kucing ini merupakan kucing jalanan yang dikutip dari beberapa daerah seperti Tuaran, Ranau, Sandakan dan beberapa tempat lain. Kucing – kucing ini ditemui dalam keadaan sakit, kurus dan kelaparan. Bila dibawa ke MCV, semua aspek makanan dan kesihatan ditanggung oleh pemilik MCV.
Dan separuh lagi merupakan kucing milik tuan rumah MCV sendiri. Kucing – kucing ini sungguh jinak dan boleh dibelai, dipeluk oleh pengunjung. Kalau tengok ke laman Facebook MCV, ada harinya tempat ini akan ditutup bagi memberi masa dan ruang bagi kucing berehat.
Leave a Reply