Sunset Labuan

12 Mac 2013

Sekali lagi bersama-sama Unit Falak, Pejabat Mufti WP Labuan untuk mencerap hilal di menara UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan). Dan hilal kali ini agak mencabar kerana kehadiran awan di ufuk barat yang tebal dan kedudukannya melindungi hilal. Hilal bermaksud bulan sabit baru atau lebih dikenali dengan nama ‘anak bulan’.

Dalam masa yang singkat untuk mencerap, kami tidak mampu untuk mengesan hilal tersebut. Walaubagaimanapun, pemandangan matahari terbenam petang tadi sungguh cantik. Saya kongsikan gambar yang saya pilih dan video ‘timelapse’ yang diambil petang tadi. Indah sungguh ciptaanNya. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati ciptaan Allah walaupun niat saya untuk mencerap hilal tidak kesampaian. Pasti ada lagi peluang di kemudian hari.

sunset 12 March 2013 Labuan Malaysia

sunset 12 March 2013 Labuan Malaysia 2

sunset 12 March 2013 Labuan Malaysia 3

sunset 12 March 2013 Labuan Malaysia 4

 

 

Share This:

Leave a Reply