Panggilan pulau

Pulau Rusukan Kecil

22 September 2018

Kami ke Pulau Rusukan Kecil untuk program pembersihan pantai sempena International Coastal Clean Up (ICC) bersama Jabatan Taman Laut Labuan dan wakil – wakil dari agensi kerajaan yang lain. Kami, yang asalnya pernah bekerjasama beberapa tahun lepas untuk mempromosi Taman Laut Labuan melalui hasil visual, kembali ke Pulau Rusukan Besar.

Program beach cleaning di Pulau Rusukan Kecil tidak lama, sebab area pembersihan di sebahagian pantai sahaja. Bahagian yang lain tidak dapat dilalui kerana air pasang.

9.30 pagi – Pulau Rusukan Besar

On the way ke Pulau Rusukan Besar, tengok air laut yang jernih, semakin cantik warna hijau nya kerana matahari mula menyinar terang. Ikutkan hati mahu saja terjun terus dari bot. Tapi itulah, ikutkan hati mungkin bawa mati, jadi berpada-pada lah dalam membuat keputusan.

Dari jauh sudah nampak resort berwarna merah jambu, jeti yang baru nampak lebih kukuh dan beberapa struktur rumah / pondok rehat milik Jabatan Taman Laut Labuan. Kami akan bermalam dan menggunakan kemudahan Jabatan Taman Laut Labuan. Belum sempat duduk, sudah ada cerita – cerita yang kami semua, peserta Program Pembersihan Pantai perlu membayar landing fee (?). Aku tidak akan ceritakan di sini, sebab bila kupas lebih lanjut pun, boleh nampak isu pertindihan penguatkuasaan dan pemilikan aset perniagaan. Senang cakap, aku pun tidak faham, so kita biarkan ia berlalu. Isu tersebut tidak lama, sekejap saja diselesaikan sebab kami semua tidak menggunakan perkhidmatan atau aset resort tersebut. Alhamdulillah kataku dalam hati sambil mengupas kulit telur rebus si Haji Zulkifli / Betmen. Telur legend, kata si Adul

Kali ini aku bawa flipper dan dive mask. Aku belum ada lesen menyelam. Sudah lebih 5 tahun ditangguhkan. Banyak kali aku pertimbangkan untuk ambil lesen tapi bila difikirkan balik kemungkinan aku akan menyelam beberapa kali saja dalam setahun, aku akan stick to snorkeling saja. Dari pondok JTL, laut nampak berarus. Tengok ke depan lagi, boleh nampak Pulau Labuan. Rindu pula aku dengan anak – anak.

 

Susah snorkeling bila laut berarus ni. Boleh dihanyutkan jauh ke tengah laut, jadi kena sentiasa alert. Itulah sebabnya perlu sistem buddy supaya boleh jaga satu sama lain. Mask aku ni sudah empat tahun tidak digunakan, jadi getah sudah tidak lekap dengan bagus. Banyak kali aku perlu buang air laut yang masuk ke dalam mask. Aku pernah ditanya, kalau aku nampak dengan jelas bila gunakan mask sebab aku tidak gunakan cermin mata. Ya, boleh nampak dengan jelas bila berada dibawah permukaan air. Ada penjelasan saintifik, tapi aku tidak pandai jelaskan. Lebih kurang begini, vakum yang terhasil didalam mask (akibat tekanan air (?) di luar mask) akan menjadi lens semulajadi. So, bila snorkeling, aku akan nampak jelas batu karang, ikan Nemo, ikan ikan lain yang berwarna warni dan sekali sekala flipper buddy tepi muka aku wei.

Aku rasa highlight datang ke Pulau Rusukan Besar kali ini lebih kepada snorkeling, diving dan brainstorm bagaimana untuk membantu JTL Labuan mempromosikan keindahan Taman Laut disamping menyebarkan pengetahuan dan maklumat cara pemeliharaan benda – benda yang ada di sekitar Taman Laut Labuan. Secara peribadi, aku fikir yang perlu diberi perhatian lebih ialah educate tourist yang merosakkan alam sekitar tanpa sedar, seperti cabut coral untuk selfie atau bawa balik, berdiri atas batu karang dan lain lain lagi.

“Hai encik, batu karang yang encik pijak itu memerlukan lebih kurang 10 tahun untuk kembali pulih dan membesar. Kalau encik degil dan pura pura tidak faham, mungkin encik yang akan dipijak selepas ini.”

Nampaknya aku tiada bakat untuk menjadi tour guide.

Aku, Ulan, Yusry, Adul, Betmen. Tiada dalam gambar, anak buah si betmen, si pijah.

Share This:

Leave a Reply