New Balance 860 V8

Akhirnya aku dapat gunakan kasut yang sesuai untuk jenis kaki aku. Rata dan lebar di depan atau wide toe box. Awal tahun 2018 aku fikir aku perlu tukar jenis kasut sebab selalu sakit atau rasa ngilu di tulang kaki lepas long run (gemuk macam aku ni mampu 10km pun kira long run lah). So, aku guna kasut 3 garisan tu, yang memang tidak berapa sesuai sebab dia narrow, so selalu rasa kaki kena cengkam di area ball of foot. Kalau di Google, menggunakan jenis kasut yang tidak sesuai ni akan menyebabkan mudah cedera – dalam kes aku, dari rasa kebas di tapak kaki sehinggalah ke rasa sakit di lutut.

Dipendekkan cerita, 31hb Ogos aku sekeluarga ke Kota Kinabalu. Tujuan utama cuma satu, iaitu mendapatkan kasut New Balance model 1080 sebab baca review di Internet, memang kasut itu sesuai untuk profil kaki aku. Harga memang keras sikit, tapi aku sudah bersedia lama.

Dipendekkan cerita lagi, aku masuk kedai New Balance di Imago shopping mall, pergi straight ke rack yang ada NB 1080 dan mula membelek-belek sebelum ditegur seorang salesgirl

“Encik punya kaki lebih sesuai guna model 860 v8 sebab tapak kaki rata dan lebar di depan. Model 1080 tu untuk profil kaki high arch. Kasut running encik memang haus di tumit sebelah luar kan?”.

Kalau diikutkan, dengar explanation dia hasil dari observation yang sekejap tu saja memang aku terus “TAKE MY MONEY!” sebab sungguh tepat sekali penerangan dia.

Dengan tenang, aku letak balik kasut 1080, terus minta dia keluarkan saiz 11 model 860 V8. Terlebih besar sedikit, so minta saiz 10. Aku ikat tali kasut dengan tenang, dan mula perasan kasut ni betul-betul selesa dan senang masuk tanpa aku perlu adjust macam biasa buat selama ni. Aku cuba pakai dan jalan jalan dalam kedai. Selesa dan ada rasa support (?). Kalau diikutkan aku try juga lari 1km dalam Imago tapi demi menjaga air muka anak isteri, aku kekal tenang. Proceed to counter, bayar RM 395.00 (after discount, sebab harga asal RM 420.00).

Review lepas 2 minggu pakai, 5 kali larian.

Sebab sekarang sudah ada kasut yang ngam dengan kaki, aku senang ikut teknik larian yang betul. Tapi itulah masalahnya, bila sudah discover boleh lari dengan betul, aku banyak terlaju pula walaupun stamina tidak seberapa sampai tercungap cungap macam ikan tekeluar dari akuarium. Last 2 sessions, aku boleh pegi sampai pace 4.30 walaupun sekejap. Di sesi lain, aku buat endurance dan rasa selesa. Selesa pada definisi aku ialah tiada rasa mencengkam lagi di tapak kaki macam dulu, bukan selesa macam berlari atas angin. So, aku tahu aku buat keputusan yang bijak untuk dapatkan jenis kasut yang sesuai dengan kaki aku ni.

 

 

Share This:

Leave a Reply