Muzium Marin Labuan

Muzium Marin Labuan terletak di Kompleks Sukan Air Laut Antarabangsa. Local cuma panggil tempat ni “seasport” – lebih pendek. Ada juga yang panggil waterpark.  Atlet sukan air memang kenal tempat ini sebab ia menjadi venue utama Labuan International Sea Challenge setiap tahun. Beberapa tahun ini ia sudah ditukar nama ke Borneo *something*. Aku tidak boleh recall, sebab last aku ambil peduli pasal LISC ialah bila format penganjuran lebih kepada 70% gerai jualan berbanding 30% yang betul betul berkaitan sukan laut. Apa – apa pun, Muzium Marin Labuan masih sama, yang berubah cuma ikan ikan yang ada didalam akuarium.

Muzium Marin Labuan ini dijadikan salah satu destinasi perhentian bagi mana – mana tour guide business. Saiz muzium ini dan bahan pameran yang ada cukup untuk dilihat semuanya dalam masa 1 jam. So, kalau tidak dapat snorkeling ke Pulau Papan atau ke pulau pulau di Taman Laut Labuan, datang saja ke Muzium Marin ini sebab ikan – ikan dan bahan pamerannya semua datang dari sekitar pulau Labuan ni.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan ni selalu jadi venue pelbagai jenis program. Kalau jalan ke depan sikit area pantai berdekatan Ramsey Tower (menara berwarna putih), ada banyak lagi perkhidmatan disediakan. So, pengunjung boleh cuba bermacam macam aktiviti di sini. Anak – anak aku sudah cuba Flying Fox dari menara Ramsey ke jambatan floating restaurant. Anyway, aktiviti – aktiviti tersebut boleh tengok di sini : Labuan Online Market – Outdoor Activities in Labuan.

Muzium Marin ini banyak potensi untuk jadi one stop learning centre. Aku maksudkan, ia patut jadi lebih dari sekadar akuarium dan tempat membaca informasi yang boleh dapat di Internet. Mungkin boleh buat kerjasama dengan Taman Laut Labuan untuk buat education program setiap bulan atau setiap hujung minggu. Bagi sebab untuk warga Labuan datang dan belajar pengetahuan tentang lautan. Belajar fungsi Taman Laut Labuan, belajar tentang pemuliharaan, beri peluang atau program untuk anak – anak tempatan ambil bahagian. Tidak perlu program formal lawatan sekolah. Bagi peluang lagi untuk orang ramai datang dan belajar benda baru. Kesimpulannya, beri kami semua pengetahuan dan kemahiran supaya tanggungjawab menjaga alam sekitar dan lautan itu mudah dilakukan oleh orang ramai dan tidak sekadar mengharap kepada jabatan kerajaan atau pihak berkuasa sahaja.

Share This:

Leave a Reply