Mari mengundi

Pilihanraya kali ini sedikit meriah. Kerana keluarga isteriku ada yang orang kuat Barisan Nasional, ada yang bertanding sebagai calon Parti Harapan dan dengar – dengar yang bertanding sebagai calon Parti Warisan itu pula merupakan saudara ibu mentuaku. Aku pula tiada terikat atau komited dengan mana – mana parti, so bila sampai masa tunaikan kewajipan, aku cuma pangkah yang mana aku yakin.

Aku baru baca manifesto setiap parti yang bertanding di pulau Labuan ini. Perlu baca kerana website ku yang lain perlu maklumat tentang Pilihanraya Umum bagi kawasan Labuan. Lagipun masa beginilah yang buat rank website naik. Cuma target beberapa keyword, susun content dengan cantik, bolehlah kena capture dengan Google algorithm. Sounds complicated tapi sebenarnya tidak. Well, mungkin ya.

Berbalik kepada manifesto yang aku dapatkan dari page Facebook calon – calon bertanding (aku malas pergi ke laman rasmi. Ke laman FB calon lebih senang), boleh dikatakan ketiga-tiga parti bertanding iaitu BN, PAS dan Harapan memperjuangkan perkara yang sama. Yang Parti Warisan itu tiada kelihatan manifesto yang diadun untuk target Labuan secara spesifik. Mungkin ada, tetapi aku tidak jumpa. Atau belum jumpa.

Aku akan petik tiga manifesto yang aku rasa aku mampu bagi pendapat secara neutral dan konstruktif.

Pertama, membina jambatan dari Labuan ke Sabah (seingat aku perkara ini sudah diperjuangkan sejak aku kecil lagi). Aku rasa banyak masalah yang boleh diselesaikan dengan adanya jambatan ini. Harga barangan lebih murah sebab kebanyakan barang kegunaan seharian diedarkan melalui Kota Kinabalu. Dari pemahamanku, kos kapal kargo landing di Labuan tidak cost-effective dan competent berbanding landing di pelabuhan Kota Kinabalu. Jadi kos penghantaran barangan ke Labuan kena mark up lagi dari kos pengangkutan, loading dan unloading di pelabuhan. Setakat itu yang aku tahu. Aku bukan kerja di pelabuhan atau syarikat pengangkutan.

Selain itu, bilangan feri yang sedikit untuk menampung ribuan kenderaan keluar masuk terutamanya di musim perayaan dan sistem pengurusan tiket yang sedikit culas boleh membangkitkan kemarahan penduduk setempat. Walaubagaimanapun, aku concern tentang bagaimana masyarakat tempatan boleh dapat benefit dari pembinaan jambatan. Contoh, adakah peniaga tempatan berdaya saing untuk menghadapi peniaga peniaga dari luar dalam menyediakan perkhidmatan dan produk kepada warga Labuan? Bagaimana pula dengan Taman Laut Labuan – adakah pembinaan jambatan itu akan mengakibatkan pencemaran atau kerosakan kepada terumbu karang? Hati aku dekat dengan Taman Laut Labuan. Apa pun, pasti ada inisiatif untuk perkara ini.

Kedua, memastikan Hospital Labuan mempunyai doktor pakar yang mencukupi. Yang ini memang patut dijadikan manifesto. Tiada jalan mudah yang pantas dan murah untuk mengendalikan kes kecemasan jika perlu dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth. Untuk penerbangan ihsan memerlukan masa untuk mendapatkan approval dan availability. Jika menggunakan feri pula, terpaksa berhadapan perjalanan lebih 5 jam (2 jam dalam feri, 3 jam perjalanan ke Kota Kinabalu). Paling teruk, enjin feri mati di tengah lautan seperti yang pernah berlaku di pagi Raya beberapa tahun lepas. So, manifesto yang kedua ini merupakan plus point calon – calon yang bertanding.

Ketiga, membangunkan ekonomi setempat. Berlaku kemerosotan ekonomi sehingga melibatkan pembuangan pekerja sektor minyak dan gas secara besar besaran beberapa tahun lepas. Sedih bila dengar ada yang diberhentikan tanpa pampasan kerana diambil bekerja secara kontrak.  Seorang kawan pula terpaksa menanggung tekanan perasaan dan sakit kepala kerana diarahkan untuk membuang pekerja dibawah arahan beliau. Last aku jumpa, dia resign dan berpindah tempat kerja beberapa kali sehinggalah di tempat kerja sekarang yang lebih stabil. Aku tahu ramai lagi yang masih menganggur sehingga sekarang kerana peluang pekerjaan yang terhad. Aku pernah ada hati untuk bertanya, bukan dulu gajimu belasan malahan puluhan ribu, kenapa tiada simpanan untuk waktu kecemasan seperti dibuang kerja? Nasib aku pendamkan. Mungkin soalan begitu boleh buat aku hilang kawan. Sorry lah, kadang-kadang aku letak diri aku dalam diri orang lain, dan seolah-olah aku melihat diri aku pula yang unfortunate. Apa-apa yang keluar dari mulut aku waktu itu lebih kepada assurance dan learning process untuk aku atur cara hidup sebaik mungkin.

So, dengan mengenalpasti industri yang applicable untuk local economic development, pasti memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan untuk mereka yang terkesan dek kemerosotan ekonomi yang lalu. Yang penting, sektor industri itu mestilah sustainable untuk jangka masa panjang dan mampu expand untuk beri lebih banyak peluang ekonomi. Tahun lepas aku ada bincangkan tentang mewujudkan sektor k-economy (knowledge economy) di Labuan ini sebab medium networking zaman sekarang lebih mudah, murah dan accessible kepada semua peringkat umur. Dengan adanya IPTA di Labuan ini, sebuah kerjasama antara masyarakat tempatan dan para intelek dari kampus itu boleh diwujudkan bagi menampung industri k-economy ini. Namun, perkara ini banyak bergantung dari segi pengetahuan dan celik IT di kalangan masyarakat tempatan. Bukan senang tapi masih boleh diusahakan.

Sekian.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk keluar mengundi pada 9 Mei nanti.

p/s : Aku rasa aku lebih suka blog dengan campuran bahasa Melayu dan English.

 

 

 

Share This:

Leave a Reply