Jalan jalan ke Muzium Labuan

Sebagai anak jati Labuan, sudah lebih 10 kali aku datang ke Muzium Labuan. Dari mula-mula buat research pasal projek www.labuanisland.net, kemudian ke project Labuan in Visual Retrospective dan saja – saja bawa anak-anak ke mari.

Apa sebenarnya faedah ke muzium ni? Pada aku, walaupun zaman Internet sekarang ini semua benda dikatakan terletak di hujung jari, tapi jarang aku search Google perkara perkara berkaitan sejarah Labuan. Pernah cuba search, tapi banyak result dari blog blog yang frust dengan authority mencampuraduk sentimen politik berat sebelah dengan fakta sejarah. Selain dari itu, kredibiliti sumber pun aku persoalkan. So, aku berpendapat, lebih baik aku ke Muzium Labuan. Walaupun kecil, tapi sekurang – kurangnya di sini aku betul-betul membaca apa yang dipamerkan.

Kali ini aku datang untuk cari bahan untuk dilakar. Aku baru mula belajar melukis dan mewarna untuk kurangkan stress. Stress kerja, stress penat mengurus kehidupan, stress lain – lain. Bila melukis tu aku berikan lebih fokus, yang mana mampu mengurangkan kecelaruan fikiran dan terus buat aku tenang (harus wow gitu). So, inilah dia lakaran newbie yang copy ori.

Lakaran yang tidak seberapa, oleh itu datanglah sendiri ke Muzium Labuan untuk melihat artifak dan bahan pameran serta fakta fakta sejarah yang lebih tepat.

Muzium Labuan beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi – 5 petang.

Share This:

Leave a Reply