2008 September | Through The Lens

Archive for September, 2008

Cornflakes Bermadu

Blog post kali ni special sikit sebab aku akan share macamana buat cornflakes bermadu paling senang. Sebenarnya aku kena ganti satu balang cornflakes bermadu ni yang sudah kami buat masa minggu pertama raya. Ya la… balik terawih, makan kuih. Balik terawih, makan kuih.. tu yang kuih cepat habis.

Cornflakes bermadu ni senang ja sebenarnya. Tidak banyak pantang. Serius, aku nda tipu…

Bahan2 yang diperlukan, macam yang dibawah ni lah.

Cornflakes, Madu (yang ni keluaran tempatan - support local made lah), choco rice (tu yang dalam bekas kecil tu), paper cup dan Butterlite. Total semua ni dalam RM 15.00. Kalau lebih tu, maksudnya ada benda2 lain yang tidak berkenaan la dalam bakul shopping kamu.

Pertama sekali, pecahkan cornflakes tu supaya bentuknya kecil2. Bukan kedekut, tapi susah mau masukkan dalam papercup kalau sebiji2 tu nanti.

Lepas siap gomol cornflakes tu puas2, sila panaskan Butterlite tadi dalam kuali. Pakai kuali besar sikit la, sebab satu pek cornflakes tu mana muat masuk kuali kecil. Ni jadi pengajaran juga lepas kena lempang dengan kuali kecil yang aku pakai mula2 tu oleh big boss@mem.

Bila butter tadi sudah cair (pastikan cair 100%), masukkan lah madu tadi. Lepas tu gaul. Tujuan butter tu dipanaskan mula2 tadi supaya madu yang kita panaskan ni tidak hangus. Kalau hangus, muka bini pun hangus terbakar pasal tension melihat madu yang hangus tu. Jadi, pakai lah butter untuk pastikan madu tu tidak melekat di kuali dan hangus. Lepas tu gaullah dengan pelahan2 untuk pastikan campuran butter sama madu tu sebati dan sekaligus mengelakkan madu terbang keluar dari kuali. Kaum lelaki ni banyak super power, jadi jangan terkejut la kalau kita gaul pelahan2 pun, masih juga betepek madu tu di dinding dapur.

Bila sudah sebati, baru masukkan cornflakes tadi. Gaul sampai kita nampak tiada lagi kepingan cornflakes yang masih kering (maksudnya, gaul sampai semua cornflakes tu bersalut madu lah).

Kali ni, kami tambah kismis hitam untuk menambahkan kemanisan. Selalunya orang akan potong kismis tu kecil2 untuk elakkan resepi ni nanti telampau manis. Tapi memandangkan resepi ni untuk tetamu, jadi aku nda kisahlah. Kalau telampau manis sangat, pandai la diorang berenti melantak kuih raya ku yang lain sampai habis. Benda ni terbukti efektif dan efisien pada hari raya tahun lepas. So, kami masih ada bekalan kuih raya lepas 30 hari di bulan Syawal. Tahun sebelumnya, kuih raya kami habis pada minggu ke 2 hari raya. Kiranya ni langkah kita mengurangkan budget di samping membantu tetamu mengawal nafsu makan yang buas.

Ok, lepas masukkan kismis, boleh la matikan api tu. Gaul sampai sebati dan puas hati sambil berhati - hati supaya kismis itu tidak melekat yang akan menyusahkan kita nanti.

Bila sudah siap gaul, pakai sudu untuk masukkan masakan kita tadi tu (masakan ka tu?) ke dalam paper cup. Di sini la kita nampak faedahnya kita pecah2kan cornflakes tadi kepada kepingan lebih kecil. Senang masukkan dalam papercup. Kalau sebiji2, tepaksa bekerja keras pula mau kasi lawa susunannya dalam paper cup tu pasal besar sangat.

Satu tips tambahan. Masa buat kerja ni, jangan buat dibawah kipas yang berpusing dengan laju. Bukannya apa, nanti madu tu cepat kering, susah pula mau masukkan dalam paper cup pasal bahan2nya melekat sudah.

Untuk hiasan dan tambah rasa sikit, tabur la choco rice atas cornflakes bermadu tu. Setakat sebutir dua cornflakes baik nda payah. Jangan kedekut, tabur ja sepuas hati. Yang dibawah ni tangan kedekut, so jangan hairan la kalau time datang ke rumah beraya nanti, ada dua versi cornflakes bermadu - satu yang cantik dan tersusun, satu lagi tidak cantik, tapi banyak kismis, banyak madu, banyak choco rice. Yang versi kedua tu yang paling sedap pasal aku yang buat.

Bila sudah siap, simpan dalam peti sejuk. Biarla dalam 10 minit. 30 minit pun boleh. 1 jam nda boleh, nanti bini marah pasal tiada tempat mau simpan benda2 lain.

Jadi, itu saja la antara resepi yang aku mampu share. Lagipun, itu yang paling senang dibuat.Kalau share lebih2, nanti orang ingat blog ni jadi blog masakan pula. (Sebenarnya aku nda sempat ambil gambar time tu)

Kalau mau lagi senang, beli saja la kuih raya RM 10 satu balang di supermarket yang berhampiran. Rasa sama, tapi bentuk lain2. Apa la…

Selamat mencuba.

 

RecentEntries

MySponsors

MyOtherBlogs

MyDaily Supplement

ElseWheres