2008 August | Through The Lens

Archive for August, 2008

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 51

Aku baru balik dari sambutan Malam Ambang Merdeka. Sempat juga la snap gambar sikit - sikit, dengan harapan beberapa jam yang aku luangkan di Dataran Labuan dengan warga negara jiran berbaloi lah. Semua tahu acara dimulakan pada jam 10 lepas hujan teduh. Sebelum tu ada pertandingan nyanyian tapi minta maaflah, tidak berbaloi rasanya berdiri di bawah hujan renyai-renyai dengan kamera kesayangan ku ni. YB pun datang jam 10, buat apa aku mau susah - susah datang awal.

Tahun ni agak istimewa pasal group FlickR Labuan akan ambil gambar dan post semua gambar diorang sempena perbarisan esok di blog Hari Kebangsaan Labuan 2008. Click lah link tu untuk tengok gambar - gambar diorang - kalau mau bagi komen pun boleh juga, tapi kalau komen setakat mau rendahkan semangat orang lain nda guna juga. Setakat ni baru letak gambar masa Perbarisan Pra Kemerdekaan 1 2 dan 3 hari tu. Penat lah mau edit semua malam ni. Esok pagi jam 6 kena hantar bini pegi kerja, lepas tu terus stay di Dataran Labuan tengok peserta perbarisan buat persediaan. Bini pun malas mau tegur suaminya yang sanggup buat apa saja demi gambar yang nampak cantik di LCD screen tapi hampeh di monitor laptop buruknya.

Berbalik ke Malam Ambang Merdeka, tuan punya blog ni terkilan sikit lah. Pertama, lens ku SAL18-70mm jatuh melabuk ke tanah. Nasib baik ada rumput. Tapi lepas hujan lebat tadi, baru terpikir “mesti basah ni” diikuti dengan makian sopan. Nasib baik ok. Nasib baik nda pecah. Kedua, tuan punya blog lupa bawa tripod! Ingat mau try pakai Bulb mode untuk ambil gambar bunga api, tapi last - last pakai tangan. Ya la, mentang - mentang Parkinson, ketawa la kamu semua.

Satu perkara yang selalu jadi perhatian ku pada tahun - tahun sebelum ni ialah kehadiran rakan - rakan dari warga negara jiran yang memeriahkan suasana Malam Ambang Merdeka. Kehadiran mereka - mereka ni memang memeriahkan suasana. Kalau mau harapkan orang tempatan Labuan bersorak untuk artis yang kita rasa persembahannya lauya, diorang la harapan terakhir artis2 tersebut untuk bersorak sebagai tanda penghargaan. Bak kata mamat UiTM tu, “last bastion”. Tapi mungkin artis - artis tu kurang faham sorakan mereka sebenarnya bermaksud “turun pentas” atau “boleh blah” dalam bahasa Timur Leste. Tapi apa yang pasti, jika kita datang ke Dataran Labuan dengan bermandikan perfume CKIN2U atau Hugo Boss Motion dari rumah, maka kita akan pulang ke rumah dengan bau - bauan asap rokok kretek sebagai ganti tanda kita masyarakat Malaysia yang bertoleransi dan mampu menerima apa - apa sahaja perbuatan atau budaya histeria mereka walaupun bila melihat Ekin Akademi Fantasia gelek macam ayam serama.

Mungkin orang kata aku bersikap perkauman, tapi aku punya pendapat, aku punya suka. Lagipun, aku ada kawan dari golongan yang ku sebut tadi, iaitu Philips tukang jaga kuda di Taman Damai dan Liman pembantu kedai hardware di Durian Tunjong. Belum kira lagi kawan - kawan yang sengaja ku tendang bola ragbi ke muka diorang bila diorang ceroboh padang tempat training kami. Kalau mau kira lagi anak - anak  international yang datang beraya ke rumah, kalah lagi si awang - awang dan dayang - dayang Labuan ni. Nda kau bangga tu budak - budak kecil dari luar negara yang datang beraya ke rumah. Bukan selalu beb. Siap berbasikal lagi wo keliling Labuan semata - mata mau beraya walaupun dulu ada kes pengait time raya(tapi diorang la yang paling kaya pasal diorang rajin kutip duit raya). Biasalah, kita rakyat Malaysia memang peramah dan mudah mesra, contohnya macam anak gadis yang tersipu - sipu malu bila diusik mesra oleh lelaki yang macam hensem, tapi tiada duit. Aku nda hensem, aku pun tiada duit, jadi aku tergolong dalam lelaki yang bukan jadi pilihan menantu oleh ibu - ibu yang ada anak hot dan cantik. Nanti - nanti aku hensem la tu…..

Ah, jam 1.30 pagi sudah. Aku rasa mesti masih ramai di bandar ni. Kita rakyat Malaysia yang pemurah, mungkin masih ramai lagi yang menghabiskan duit di kelab malam berhibur dengan rakan - rakan sambil melaungkan merdeka. Biarlah diorang, asalkan bahagia. Mungkin kalau aku pegi memancing sekarang ni pun, mesti ada pasangan yang duduk di port tempat aku selalu memancing. Patut la susah betul dapat ikan di sana tu!

Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada, walau jauh walau dekat, sama - sama muafakat pulanglah ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YangIndaBanar.

*Aku tulis macam ni bukan pasal aku lalok. Aku ada penyakit mudah merapu bila perut lapar sampai berdondang sayang sambil diiringi irama gambus sebagai bunyi latar.

 

RecentEntries

MySponsors

MyOtherBlogs

MyDaily Supplement

ElseWheres